Latihan Menangani Kebakaran
Bangi,31 Oktober 2025 – Pusat Pemulihan dalam Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah terlibat dalam latihan kebakaran yang dianjurkan oleh Fakulti Pendidikan UKM.
Lawatan ini diselia oleh Cik Siti Nurfasihah binti Yazi selaku petugas PPDK UKM, dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih mengenai keselamatan dan persediaan sekiranya berlaku kebakaran.
Latihan ini bukan sahaja disertai oleh pelatih dan petugas PPDK, tetapi juga turut melibatkan seluruh warga Fakulti Pendidikan. Melalui latihan ini, pelatih berpeluang memperoleh pengalaman secara langsung (hands-on) mengendalikan alat pemadam api. Selain itu, program ini turut mengukuhkan hubungan kerjasama antara PPDK UKM dan warga fakulti.
Komitmen terhadap Inklusiviti
Melalui kerjasama ini, Fakulti Pendidikan UKM terus komited dalam memperkukuhkan pendidikan inklusif dan memperluas jaringan bersama sekolah pendidikan khas. Diharapkan jalinan ini dapat diteruskan bagi memperkasakan lagi pendidikan untuk komuniti istimewa.
Fakulti Pendidikan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.






