Program Pemeriksaan Gigi Shifa Smile x PPDK UKM
Bangi, 12 November 2025 – Pusat Pemulihan dalam Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah mengadakan kerjasama bersama Klinik Pergigian Shifa & Smile Kajang telah berjaya menganjurkan Program Pemeriksaan Gigi yang mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelatih PPDK UKM.
Program ini diketuai oleh cik Ainul Munirah binti Abdul Jalal, petugas PPDK UKM. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran serta pengetahuan pelatih tentang kepentingan penjagaan kesihatan mulut dan gigi.
Antara pengisian utama program ialah pemeriksaan gigi secara percuma, demonstrasi teknik memberus gigi yang betul, serta ceramah pergigian yang disampaikan secara interaktif dan mudah difahami.
Sepanjang program berlangsung, para pelatih menunjukkan penglibatan yang sangat positif dan aktif dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Program ini bukan sahaja memberi manfaat dari segi kesihatan, malah membantu membentuk amalan penjagaan diri yang lebih baik dalam kalangan pelatih.
Diharapkan penganjuran program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuhkan kesedaran masyarakat, khususnya golongan berkeperluan khas, terhadap kepentingan penjagaan kesihatan mulut dan gigi secara berterusan.
Komitmen terhadap Inklusiviti
Melalui kerjasama ini, Fakulti Pendidikan UKM terus komited dalam memperkukuhkan pendidikan inklusif dan memperluas jaringan bersama sekolah pendidikan khas. Diharapkan jalinan ini dapat diteruskan bagi memperkasakan lagi pendidikan untuk komuniti istimewa.
Fakulti Pendidikan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.





