Jelajah Ilmu Sains dan Kehidupan (JASA)
Kuala Lumpur, 23 Jun 2025 – Pusat Pemulihan dalam Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah melakukan lawatan ke Petrosains, KLCC dengan seramai 10 orang sukarelawan daripada pelajar fakulti pendidikan, 4 petugas dan 5 AJK bersama 20 pelatih orang Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) UKM.
Lawatan ini diketuai oleh Encik Afiffuddin selaku penyelia PPDK UKM, dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih mengenai konsep Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam bentuk interaktif dan menyeronokkan di Petrosains.
Sebagai sebahagian daripada pengisian lawatan, seramai 10 orang sukarelawan daripada mahasiswa dan mahasiswi telah membantu sebagai fasilitator sepanjang lawatan berlansung. Melalui lawatan ini Pelatih berpeluang memperoleh pengalaman secara langsung (hands-on), sekaligus menyokong perkembangan daya fikir, kreativiti, dan kemahiran komunikasi secara lebih efektif. Selain itu, program ini turut mengukuhkan hubungan kerjasama antara PPDK UKM dan pihak Petrosains.
Program ini dikendalikan oleh Dr. Khairul Farhah Khairuddin yang bertindak sebagai penyelaras lawatan. Lawatan ini memberi peluang kepada pelajar untuk memahami realiti pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas secara langsung, sekaligus merangsang pemahaman mereka terhadap keperluan, cabaran, dan pendekatan pedagogi yang sesuai..
Komitmen terhadap Inklusiviti
Melalui kerjasama ini, Fakulti Pendidikan UKM terus komited dalam memperkukuhkan pendidikan inklusif dan memperluas jaringan bersama sekolah pendidikan khas. Diharapkan jalinan ini dapat diteruskan bagi memperkasakan lagi pendidikan untuk komuniti istimewa.
Fakulti Pendidikan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.






