Membangunkan Kemahiran Pertanian Inklusif
Modul Pertanian ini dibangunkan khas bagi kegunaan Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) UKM, dengan tumpuan kepada penyertaan aktif golongan berkeperluan khas dalam bidang pertanian moden dan praktikal. Modul ini diterajui oleh Dr Syazwan Zainal (Kod Penyelidikan: GG-2024-061) dan merangkumi pendekatan menyeluruh dari asas pertanian hingga aspek keusahawanan.
Maklumat Tambahan
Status terkini menunjukkan pemurnian terakhir modul akan dijalankan dalam bengkel Disember 2024, senarai lengkap alatan dan pembinaan telah dimuktamadkan, dan pelan pembangunan pertanian juga telah diselesaikan sepenuhnya. Modul ini disusun dengan kerjasama pelbagai pakar:
Kolej Universiti Agrosains UCAM (TVET Pertanian)
Universiti Putra Malaysia (Sains Pertanian)
Guru Pendidikan Khas Alumni Fakulti Pendidikan UKM







