MENGAPA ANDA PERLU MEMILIH KAMI?
Membina Masyarakat Inklusif Bersama
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) UKM komited dalam memberikan intervensi menyeluruh dan mesra komuniti. Kami fokus pada pembangunan kendiri, sosial dan fungsional pelatih agar mereka dapat hidup lebih berdikari dan sejahtera.
TENTANG KAMI
Kenali Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) UKM
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) UKM merupakan sebuah pusat komuniti yang menyediakan perkhidmatan pemulihan harian kepada individu berkeperluan khas. PPDK UKM beroperasi 5 hari seminggu, iaitu dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang. PPDK ini melibatkan pelbagai bentuk aktiviti yang disusun berdasarkan tahap kefungsian pelatih. Sesi pembelajaran diselaraskan secara berfokus dan inklusif dengan pengkhususan kandungan dan pendekatan mengikut keupayaan fizikal, kognitif dan sosial setiap pelatih.
Modul Matematik Modul Matematik
PENYELENGARAAN
Modul Senaman Modul Senaman
PENYELENGARAAN
Modul Bakeri Modul Bakeri
Melalui pendekatan yang menyeronokkan dan praktikal, modul ini bertujuan untuk memperkukuh kemahiran kendiri, keyakinan diri serta membuka peluang penjanaan pendapatan dalam kalangan peserta.
Modul Kerja Harian Modul Kerja Harian
Modul ini melatih murid berkeperluan khas agar lebih berdikari dalam penjagaan diri, rumah dan cucian pakaian sebagai persediaan ke arah kehidupan berdikari.
Modul Masakan Modul Masakan
Modul Masakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) UKM dirangka bagi membimbing peserta dalam kemahiran asas dan lanjutan dunia kulinari.
Modul Jahitan Modul Jahitan
Modul Jahitan Adaptif yang dibangunkan oleh Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) UKM bertujuan memberi pendedahan kepada kemahiran jahitan asas yang sesuai untuk individu berkeperluan khas.
Modul Pertanian Modul Pertanian
Modul Pertanian ini dibangunkan khas bagi kegunaan Pusat Pemulihan dalam Komuniti (PPDK) UKM, dengan tumpuan kepada penyertaan aktif golongan berkeperluan khas dalam bidang pertanian moden dan praktikal.
Modul QurANIS Modul QurANIS
Program ini memberi fokus kepada pembinaan kemahiran asas ibadah dan pengajaran al-Quran kepada golongan orang kelainan upaya (OKU).
Modul Sukarelawan OKU Modul Sukarelawan OKU
Projek ini bertujuan membangunkan Garis Panduan Kesukarelawan Cakna OKU yang komprehensif dan inklusif untuk diaplikasikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Menyemai keupayaan, membina kehidupan berdikari.
“Saya sangat teruja melihat pendekatan PPDK UKM yang inklusif dan mesra OKU. Program yang ditawarkan sangat relevan dan bermanfaat!”
Pn. Haliza
“Kelas QurANIS sangat membantu anak saya memahami ibadah asas. Kaedah visual dan interaktif mereka sangat efektif.”
Encik Amin
“Modul pertanian yang diajar bukan sahaja menyeronokkan, malah memberi kemahiran sebenar kepada komuniti OKU.”
Pn. Zulaikha
“Pusat ini bukan sekadar tempat pembelajaran, tetapi satu komuniti yang saling menyokong antara satu sama lain.”
Encik Afifuddin
“Tahniah kepada PPDK UKM atas inisiatif membina modul yang benar-benar fokus kepada pembangunan OKU secara holistik.”





