Hebahan Kelas KAFA QurANIS PPDK UKM

Kelas KAFA QurANIS PPDK UKM

Peluang pembelajaran Fardhu Ain untuk anak-anak istimewa.

Pengenalan

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) UKM dengan sukacitanya membuka penyertaan bagi Kelas KAFA QurANIS – program khas untuk kanak-kanak istimewa dalam mempelajari asas Fardhu Ain secara mudah, mesra OKU dan berstruktur. Modul pengajaran disesuaikan melalui pendekatan:

  • Tahfiz Akhyar
  • Tilawah Asyraaf 
  • Tahsin Ibadah

Program ini dikendalikan oleh pelajar pelatih Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Khas, Fakulti Pendidikan UKM.

Butiran Kelas

Kelas ini dijalankan pada setiap hari Sabtu, bermula dari jam 9:00 pagi hingga 1:00 tengah hari. Lokasi kelas bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM100 sebulan, merangkumi empat sesi setiap bulan.

Jom bersama kami membina asas agama yang kukuh untuk anak-anak istimewa melalui bimbingan yang inklusif dan penuh kasih sayang.