Ketua, Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti
Kelayakan Akademik
Intervensi Awal, Doktor Falsafah, UNIVERSITY OF OREGON, USA, 2007
Sarjana, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, 1998
Sarjana Muda, UNIVERSITY OF ESSEX, UK, 1992
Kisah Kejayaan
Prof. Madya Dr. Hasnah Toran merupakan Pensyarah Universiti di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pengerusi Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti. Beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang Intervensi Awal dari University of Oregon, Amerika Syarikat. Bidang kepakaran beliau merangkumi Pendidikan Khas, Intervensi Awal, Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pendidikan Inklusif. Beliau aktif menjalankan penyelidikan dan penerbitan ilmiah berkaitan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas serta pembangunan dasar pendidikan inklusif.