Archives: Team

Tuan Nor Effedy Bin Sharuddin

Penyelaras PPDK Hulu Langat

Jawatan Akedemik

Dekan, Fakulti Pendidikan

Kelayakan Akedemik

  • Doktor Falsafah, UNIVERSITY OF DUNDEE, UK, 2012
  • Sarjana, UKM, 2005
  • Sosiologi Pendidikan, Sarjana Muda, UM, 1999.

Kisah Kejayaan

Prof. Dr. Mohd Mahzan Awang merupakan Dekan Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Mendapat ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Dundee, Scotland United Kingdom. Bidang kepakaran adalah Sosiologi Pendidikan, Pendidikan Komuniti dan Pendidikan Sejarah. Banyak terlibat aktif dalam pembangunan profesional komuniti guru serta peningkatan kemahiran pembangunan komuniti luar bandar.

Dr. Fathiyah Mohd Kamaruzaman

Ahli Jawatankuasa
Email :
fathiyah@ukm.edu.my

Jawatan Akademik

Pensyarah, Pusat Kajian Pembudayaan STEM

Kelayakan Akademik

  • Pendidikan Kejuruteraan, Doktor Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2022
  • Pendidikan Teknik & Vokasional, Sarjana, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, 2013
  • Kejuruteraan Awam, Sarjana Muda, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, 2009

Kisah Kerjayaan

Dr. Fathiyah Binti Mohd Kamaruzaman ialah pensyarah di Pusat Kajian Pembudayaan STEM, UKM. Berkelulusan PhD dalam Pendidikan Kejuruteraan, kepakaran beliau merangkumi Pendidikan Teknik dan Vokasional serta kerja sosial dalam pendidikan teknikal. Beliau aktif dalam memperkasakan pelajar dan penyelidikan berkaitan STEM.

Dr. Kamariah Abu Bakar

Ahli Jawatankuasa
Email :
kamariah_abubakar@ukm.edu.my

Jawatan Akademik

Pensyarah, Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti

Kelayakan Akademik

  • Pre-School Education, Doktor Falsafah, UNIVERSITY OF SYDNEY, AUSTRALIA, 2018
  • Pendidikan Presekolah, Sarjana, Universiti Kebangsaan Malaysia, 2009
  • Sarjana Muda, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, 1998

Kisah Kerjayaan

Dr. Kamariah Binti Hj Abu Bakar ialah pensyarah di Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau mempunyai latar belakang akademik yang kukuh dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak, termasuk Ijazah Doktor Falsafah dari University of Sydney, Australia. Bidang kepakaran beliau merangkumi pendidikan seni dan pendidikan awal kanak-kanak. Dr. Kamariah juga aktif dalam penyelidikan berimpak tinggi berkaitan bidang tersebut.

Dr. Suziyani Mohamed

Ahli Jawatankuasa
Email :
suziyani@ukm.edu.my

Jawatan Akademik

Pensyarah, Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti

Kelayakan Akademik

  • Pendidikan Prasekolah, Doktor Falsafah, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, 2014
  • Pendidikan Prasekolah, Sarjana, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, 2008

Kisah Kerjayaan

Dr. Suziyan Binti Mohamed ialah seorang pensyarah di Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau memiliki kepakaran dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan Seni Gunaan dalam Pendidikan. Dr. Suziyan berkelulusan Doktor Falsafah dan Sarjana dalam Pendidikan Prasekolah dari UKM. Beliau aktif dalam penyelidikan dan penerbitan berkaitan pendidikan awal kanak-kanak serta kesejahteraan komuniti.

Prof Madya Dr. Mohamad Nizam Nazarudin

Ahli Jawatankuasa
Email :
mohanizam@ukm.edu.my

Jawatan Akademik

Pensyarah, Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti

Kelayakan Akademik

  • Sains  Sukan, Doktor Falsafah, UNIVERSITI MALAYSIA SABAH, 2012
  • Sarjana, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 2000
  • Sarjana Muda dengan Kepujian, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, 1996

Kisah Kejayaan

Prof. Madya Dr. Mohamad Nizam Bin Nazarudin ialah pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dari Universiti Putra Malaysia serta Doktor Falsafah (Sains Sukan) dari Universiti Malaysia Sabah. Beliau berpengalaman luas dalam bidang pengurusan sukan, pendidikan jasmani, dan kesihatan fizikal. Selain penglibatan akademik, beliau juga aktif dalam pelbagai penyelidikan berimpak tinggi berkaitan prestasi sukan, kesihatan, dan kelestarian komuniti.

Dr. Mohd Norazmi Nordin

Bendahari
Email :
norazmi@ukm.edu.my

Jawatan Akademik

Pensyarah Pendidikan Khas

Kelayakan Akademik

  • Kepimpinan Pendidikan, Doktor Falsafah, UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA, 2022
  • Sarjana, OPEN UNIVERSITY MALAYSIA, 2017
  • Masalah Pendengaran, Sarjana Muda dengan Kepujian, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, 2011

Kisah Kejayaan

Dr. Mohd Norazmi Bin Nordin ialah pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau memiliki kelayakan dalam pendidikan khas pendengaran, pengurusan pendidikan, dan kepimpinan pendidikan. Beliau berkelulusan Sarjana Muda Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran) dari Institut Pendidikan Guru Malaysia, Sarjana Pendidikan dari Open University Malaysia, dan Doktor Falsafah dalam Kepimpinan Pendidikan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kepakaran beliau tertumpu kepada bidang pendidikan khas dan seni gunaan.

Dr. Syaz Meeze Mohd Rashid

Timbalan Setiausaha
Email :
cikgumeeze@ukm.edu.my

Jawatan Akademik

Pensyarah Pendidikan Khas

Kelayakan Akademik

  • Doktor Falsafah , UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA , 2021
  • Latihan Keguruan dan Pendidikan Sains , Sarjana , UNIVERSITI MALAYA , 2015
  • Pendidikan Khas (Masalah Pendengaran), Sarjana Muda, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 2012

Kisah Kejayaan

Dr. Syar Meeze Bin Mohd Rashid ialah pensyarah di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau berkelulusan dalam bidang pendidikan khas pendengaran dari Institut Pendidikan Guru Malaysia, Universiti Malaya dan UKM. Kepakaran beliau merangkumi pendidikan khas pendengaran, bahasa isyarat Malaysia (BIM), Kod Tangan Bahasa Melayu (KTBM), serta pendidikan spiritual untuk golongan OKU.

Dr. Mohd Syazwan Zainal

Setiausaha
Email :
syazwanzainal@ukm.edu.my

Jawatan Akademik

Pensyarah Pendidikan Khas

Kelayakan Akademik

  • Doktor Falsafah, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, 2024
  • Sarjana, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, 2016
  • Sarjana Muda, INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA, 2011

Kisah Kejayaan

Dr. Mohd Syazwan Zainal merupakan Pensyarah dalam bidang Pendidikan Khas di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan bernaung di bawah Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti. Beliau kini berada di peringkat akhir pengajian Doktor Falsafah di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau merupakan penerima Anugerah “Best Research Idea” daripada Akademi Sains Malaysia serta peserta Program Ph.D. Internship Australia 2022 di Olga Tennison Autism Research Centre, Melbourne. Bidang kepakaran beliau merangkumi Autisme serta transisi kehidupan dewasa bagi individu Orang Kurang Upaya (OKU).

Dr. Khairul Farhah Khairuddin

Timbalan Pengerusi
Email :
khairul@ukm.edu.my

Jawatan Akademik

Pensyarah Pendidikan Khas

Kelayakan Akademik

  • Pendidikan Khas, Doktor Falsafah, UNIVERSITY OF MANCHESTER , UNITED KINGDOM, 2018
  • Special Education, Sarjana, UNIVERSITY OF NEWCASTLE, AUSTRALIA, 2014
  • Sarjana Muda, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, 2012

Kisah Kejayaan

Dr. Khairul Farhah Khairuddin merupakan Pensyarah Universiti di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), dan bernaung di bawah Pusat Kajian Pendidikan & Kesejahteraan Komuniti. Beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafah dalam Pendidikan Khas dari University of Manchester, United Kingdom. Bidang kepakaran beliau merangkumi Pendidikan Inklusif, Pendidikan Orang Pekak dan Kesiapsiagaan Sekolah. Beliau aktif menjalankan penyelidikan berkaitan pendidikan inklusif untuk individu pekak.

Prof. Madya Dr. Hasnah Toran

Pengerusi
Email :
hasnahto@ukm.edu.my

Jawatan Akademik

Ketua, Pusat Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti

Kelayakan Akademik

  • Intervensi Awal, Doktor Falsafah, UNIVERSITY OF OREGON, USA, 2007
  • Sarjana, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA, 1998
  • Sarjana Muda, UNIVERSITY OF ESSEX, UK, 1992

Kisah Kejayaan

Prof. Madya Dr. Hasnah Toran merupakan Pensyarah Universiti di Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Pengerusi Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti. Beliau memperoleh ijazah Doktor Falsafah (Ph.D.) dalam bidang Intervensi Awal dari University of Oregon, Amerika Syarikat. Bidang kepakaran beliau merangkumi Pendidikan Khas, Intervensi Awal, Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Pendidikan Inklusif. Beliau aktif menjalankan penyelidikan dan penerbitan ilmiah berkaitan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas serta pembangunan dasar pendidikan inklusif.