Modul Sukarelawan OKU

Memperkasa Sukarelawan Inklusif

Projek ini merupakan salah satu inisiatif di bawah Dana Penyelidikan Kelestarian UKM 2024 (SDG-2024-003) yang diterajui oleh Dr. Syar Meeze Mohd Rashid. Projek ini bertujuan membangunkan Garis Panduan Kesukarelawan Cakna OKU yang komprehensif dan inklusif untuk diaplikasikan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

01
Latihan & Etika
Memberi kefahaman asas tentang tanggungjawab, etika interaksi dan peranan sukarelawan dalam persekitaran pendidikan tinggi.
02
Prinsip & Komunikasi
Panduan komunikasi efektif berdasarkan kategori ketidakupayaan, dengan pendekatan berempati dan menyeluruh.
03
Nilai Kemanusiaan & Hormat
Mengasah nilai empati, keikhlasan dan penghormatan terhadap maruah serta keperluan individu OKU.

Maklumat Tambahan

Dengan pelaksanaan garis panduan ini, diharapkan dapat:

Memperkasakan peranan sukarelawan di kampus

Mewujudkan persekitaran IPT yang lebih cakna, inklusif dan mesra OKU

Meningkatkan kefahaman dan kesediaan komuniti kampus dalam menyokong rakan sebaya OKU

Inisiatif ini menyumbang secara langsung kepada pembangunan masyarakat kampus yang lebih prihatin, sejajar dengan matlamat pembangunan mampan (SDG).