Modul QurANIS

Mendidik Jiwa, Membimbing Ibadah

Program ini memberi fokus kepada pembinaan kemahiran asas ibadah dan pengajaran al-Quran kepada golongan orang kelainan upaya (OKU). Usaha ini dijalankan melalui latihan intensif kepada petugas dan sukarelawan PPDK, dengan hasrat untuk memperkasakan mereka dalam menyampaikan ilmu secara efektif, inklusif dan penuh empati.

01
Pengenalan QurANIS
QurANIS, satu kaedah mesra OKU yang memudahkan pembelajaran dan pengajaran al-Quran secara sistematik dan praktikal.
02
Pengajaran Ibadah Asas
Latihan dalam menyampaikan ilmu asas ibadah seperti wuduk, solat dan doa-doa harian secara visual, praktikal dan interaktif.
03
Latihan & Amali
Setiap pelatih dilatih melalui simulasi dan sesi praktikal bagi memahami cabaran dan keadah sebenar mengikut keperluan pelajar istimewa.

Maklumat Tambahan

Kelas ini disertai seramai 30 pelatih, terdiri daripada petugas dan sukarelawan PPDK.  Ia dijalankan setiap Sabtu, dari 8.30 pagi hingga 12 tengah hari.  Selepas tamat latihan, pelatih disasarkan untuk:

Menguasai pendekatan QurANIS secara teori dan praktikal.

Membentuk modul mini pengajaran Al-Quran khusus untuk pelajar OKU di PPDK UKM.

Mengadaptasi pengajaran ibadah harian kepada pendekatan yang bersifat inklusif dan responsif.