Mengasah Kemahiran Bakeri secara Inklusif
Modul Bakeri di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) UKM dibangunkan bagi memberi latihan asas dan lanjutan dalam dunia bakeri kepada individu berkeperluan khas. Melalui pendekatan yang menyeronokkan dan praktikal, modul ini bertujuan untuk memperkukuh kemahiran kendiri, keyakinan diri serta membuka peluang penjanaan pendapatan dalam kalangan pelatih. Aktiviti bakeri disusun agar mudah diikuti oleh pelatih pelbagai tahap keupayaan, dengan sokongan tenaga pengajar berpengalaman dan mesra OKU.
Maklumat Tambahan
Modul ini disampaikan oleh tenaga pengajar yang terlatih dalam pendidikan khas dan bidang bakeri, serta dibantu oleh fasilitator yang prihatin dan berdedikasi. Ia bukan sahaja melatih kemahiran teknikal, malah menyokong pembangunan sahsiah, disiplin dan interaksi sosial dalam kalangan pelatih PPDK.







