Mode kelas QurANIS

Mendidik Jiwa, Membimbing Ibadah

Kelas QurANIS merupakan inisiatif pendidikan al-Quran secara inklusif yang dilaksanakan di PPDK UKM dengan kerjasama Yayasan Pendidikan al-Quran bagi Anak Istimewa (FAQEH). Kelas ini menggunakan kurikulum QurANIS yang dibangunkan khas oleh Yayasan FAQEH, direka khusus untuk keperluan pembelajaran anak istimewa.

Program ini dijalankan setiap hari Sabtu, dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari, dikendalikan oleh tenaga pengajar sukarelawan daripada Fakulti Pendidikan dan Kelab Sukarelawan Cakna OKU UKM yang berpengalaman dalam bidang pendidikan khas dan pengajaran al-Quran secara inklusif.

Kaedah Pengajaran Mesra OKU

Kelas QurANIS disampaikan secara interaktif, mesra OKU dan disesuaikan dengan keupayaan pelatih. Pendekatan ini memberi fokus kepada:

Sokongan Rohani & Sahsiah

Kelas QurANIS bukan sahaja menjadi medium pembelajaran al-Quran, tetapi turut berperanan menyokong pembangunan sahsiah dan kesejahteraan emosi dalam kalangan pelatih. Dengan bimbingan yang penuh kasih sayang, kelas ini membantu pelatih mendekati agama secara lebih bermakna dan menyeronokkan.